Thursday, May 7, 2020

Bougas Beauty


Assalamua'laikum & Salam kasih sayang.

Todayy..
LadyBee nak share my best skincare product so far. Amazing result & work well on my skin. Tak tipuuu I tell you! πŸ˜‚

Ok first, LadyBee punya skin jenis oily type skin. Yang jenis T zone oily tu pon, ia jugak. I've been using few product yang ofcourse bagus.

Just for my skin tak berapa ok. Bila pakai jadi more oily. Haaa gitchuu. Walaupun dah bertahun pakai & tahu muka jadi oily, still pakai sebab tak jumpa yang THE BEST lagi. And Wallah! I found the best product for my skin now.

Actually this product good for all skin type. You guys boleh check-it-out dia punya proven testimony for all skin type nanti okeh!

Nak tahu tak cemana LadyBee boleh tukar skincare ni? Hahaha. Funny part for me actually. Maaf lah tergelak sikit. πŸ˜›

Bilamana muka breakout gila teruk tahap tak boleh bawak bincang. Muka start breakout ni awal tahun 2020 lagi. Jerawat besar-besar di area dagu, rahang, tulang hidung, atas bibir. Teruk tauu. Tak tahu lah apa masalahnya. Kita azam baru, muka pun jadi nak azam baru juga. Hehehe. Anyway... Masa muka LadyBee breakout teruk tu, LadyBee tak terfikir nak ambik gambar pun.

Sedihh tak dapat tunjuk muka teruk tu. πŸ˜₯

So...
Sebelum pakai product yang terbaru ni.. Product skincare LadyBee sebelum ni kira sangat-sangat premium ok. Bukan kaleng-kaleng dia punya premium. Tapi sampai disitu je ALLAH bagi LadyBee consume. Sangat bagus, organic, no harm chemical. Cuma untuk skin type LadyBee memang tak sesuai. Kalau pakai memang muka tu jadi berminyak & moisture gila.

And masa muka LadyBee breakout. This premium skincare not help much. Makin bertambah ada lah! Hahaha. Seriously tak tahu kenapa. Hormon tak menentu rasanya.

Ok, the moment muka teruk tu.. Jujur LadyBee cakap, ada juga rasa malu nak keluar jumpa orang. Maklumlah, sebelum ni muka helokk je ha. Sekali bila kena yang teruk, jerawat besar pastu beranak pinak pulak, pastu muka jadi tak ada seri, berminyak.. Serious terasa juga perasaan malu & tak ada keyakinan diri.

Last rasa perasaan ni masa sekolah menengah dulu. Time tu jerawat pasir je. Anyway, long-story-short.


LadyBee cubalah product Bougas Beauty ni. Sebab macam dah tak ada solution lain kan. LadyBee cuba! Kenal product Bougas Beauty ni masa LadyBee masih menuntut ilmu dengan Sifu Jamal (SifufBads). Sama CEO circle dengan Founder Bougas, Erni Amanina.

Tapi this time, tak pernah terfikir pun nak pakai product Bougas ni. Sebab time tu muka helokk lagi tak breakout. Hahaha. Pastu yelah.. Product skincare LadyBee masih ada banyak lagi waktu tu kan.

Bila dah breakout, baru lah dok nak cuba product Bougas Beauty dari Erni ni. Baru terbuka hati after buntu nak cari jalan penyelesaian. Haaa gitchuu. And Wallah! Bougas Beauty just nailed it!

It's work well on me.
Honestly this product is super UH-MEI-ZING! (amazing)
I tell you, memang setanding International product. Which I'm so proud this product international level quality. Oh! Ada certified HALAL too yaw.

As you know, nak dapat HALAL bukan senang.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
Dengan izin ALLAH, muka LadyBee semakin sembuh dari breakout. Slowly but surely. LadyBee suka sangat this Bougas product sebab serum dia waterbased & moisturiser dia.... Is the best moisturiser on earth ever!

You know, LadyBee ni jenis oily skin. So sebelum ni memang LadyBee ada pakai yang premium product moisturiser. But, kejap je pakai. Sebab bila pakai, triple kali oily dengan muka LadyBee. So terpaksa stop lah. Until now moisturiser tu tak disentuh. Huhuhu.

And amazingly moisturiser dari Bougas Beauty tak macam tuuu! Muka LadyBee less oily. Sangat berbeza & nampak muka LadyBee lebih segar tau..

Ok. Here I show you my own testimony ok.
You guys boleh buat penilaian sendiri.


You see, you see, you see!
Different kan? Kulit muka nampak lebih sihat & segar.

LadyBee just guna 1 botol serum & moisturiser je dah jadi macam ni. Memang fall in love terus dengan this product. And of course, kena disiplin jaga muka. Kerap basuh muka, kerap apply Bougas Beauty product.

So apa dah jadi dengan product premium LadyBee tu?
Alhamdulillah masa nak bertukar product tu, product skincare LadyBee yang lama tu dah tinggal sikit. Sayang tauu kalau tak habis. Tapi actually memang tak habis, tinggal sikitttt je lagi. Kah! 😝

So..
Bougas Beauty is my top 1 best skincare product. Memang fall in love sangat.

You know me kan.
If I know something yang best, I will share with you guys, Insya'ALLAH.. Dan dari pakai senyap sorang-sorang, LadyBee ambik langkah untuk share manfaat this Bougas Beauty product dengan ramai orang.

Dari pengguna, terus LadyBee jadi authorised seller this product. Alhamdulliah.


This is mean, you can get all Bougas Beauty product with me.
If nak jadi dropship or agent pun boleh.

Insya'ALLAH, I will guide you from zero to hero.

CLICK BAWAH NI KALAU ADA NAK TANYA APA-APA
ATAU NAK BELI TERUS PUN BOLEH.


Semoga sharing LadyBee kali ni bermanfaat pada you guys yang baca ni. Dan LadyBee doakan you guys sentiasa dalam Rahmat & Lindungan ALLAH. Aamiin..

Salam sayang,
LadyBee

Wednesday, March 25, 2020

Covid-19 : Tempoh Lanjutan Perintah Kawalan Pergerakkan

Assalamua'laikum & Salam kasih sayang.

Hari ini kita semua dengar Perutusan Khas dari Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang tempoh lanjutan Kawalan Pergerakkan. Seperti yang kita sedia maklum, tempoh ini berlanjutan sehingga 14 April 2020.


SubahanALLAH, Alhamdulillah, ALLAHuakbar.
Ramai yang terkesan. Baik pada frontliners, yang bekerjaya, surirumah dan peniaga macam LadyBee juga sangat ramai yang terkesan.

LadyBee ada terima message di WhatsApp dan juga baca status di FB, IG. Ramai sahabat-sahabat yang berniaga sudah mula down. Peniaga ni, mereka bukan fikir periuk nasi depa je. Dorang fikir team-team dan juga keluarga team mereka juga.

Senang cakap, peniaga ni banyak mulut yang perlu diberi makan. Bukan hanya keluarga sendiri, team juga kena memberi. Dan banyak duit yang kami sebagai peniaga perlu keluarkan semasa tempoh Kawalan Pergerakkan berlaku. Mana nak bayar sewa tapak kedai, mana nak bayar bil elektrik, bil air, kwsp, cukai, renew apa-apa lesen, bayar gaji staff dan perlbagai lagi lah senang citer.

Tanggungjawab kami besar.

Sama juga dengan peniaga yang kecil-kecilan. Yang bergantung pada sales harian untuk tampung perbelanjaan harian.

Jadi LadyBee sangat-sangat memahami situasi mereka.

ALLAH Maha Baik. Dan ALLAH sebaik-baik perancang. Mungkin sebelum ini selama kita hidup, kita ingat semua yang kita buat jadi, adalah dari kita. Dan hari ni, tak ada seorang pon yang berdiri mengatakan apa yang dia susun atur kehidupan dia selama ini, adalah dari dia. Tak ada beb. Sekarang kita semua hanya mampu berserah, redha, berdoa & sungguh-sungguh minta ALLAH angkat virus ini pergi berlalu secepat mungkin untuk kita teruskan urusan dunia seperti sedia kala. Tak gitu sahabat-sahabat yang LadyBee sayang?

Jadi pesanan LadyBee pada sahabat-sahabat yang berniaga. Janganlah down. Kalau kita down, bermakna kita marah ALLAH. Adakah kita nak jadi hamba yang dimurkai TuhanNYA sendiri? Tak nak kan?

LadyBee tahu situasi sekarang, kita perlukan duit untuk kelangsungan hidup. Cuba luangkan masa sedikit untuk flashback/throwback kejayaan kita selama ni. Indah kan? Bersyukur lah..

ALLAH dah bagi macam-macam pada kita. Syukur Ya Rabbi.. Tapi hari ini, ALLAH baru ambik sikit je dari kita. Syukur & redha kita masih ada keluarga, sahabat & diri kita yang masih sihat. Malah masih boleh makan macam-macam walau dalam keadaan berkira-kira.

Lupa sekejap hal dunia. Sebab pada ketika ini ALLAH bagi kelapangan masa untuk kita beribadah. Yang mana selama ini, kalau solat lajuuuu je (nak p mana kalut sangat oii). Yang jarang-jarang berzikir, makin bertambah zikirnya. Yang susah nak menangis apabila melakukan ibadah, kini tumpah air matanya membasahi pipi kerana dapat melihat Kebesaran ALLAH. Yang sering buat maksiat, ALLAH buka pintu hatinya untuk terima hidayah & kembali pada fitrah asalnya. Inilah hikmah besar ALLAH yang ALLAH nak berikan pada kita. Nampak kah kita? Atau masih lalai?

Sahabat-sahabat yang LadyBee sayang..
Janji ALLAH itu pasti.. Barang siapa yang redha akan ujian KU, maka dia akan mendapat keredhaan dari KU. Yakinlah hanya pada ALLAH.

Dan ini LadyBee nak bagi tips untuk kita belajar Redha. Sila tanam dalam minda & hati ya. Pesaaaan selalu pada diri kita ya!
"Apa yang aku ada sekarang bukan milik ku. Bila-bila masa sahaja ALLAH boleh tarik, kerana ini hanya pinjaman dunia."
Bila kita selalu pesan ayat diatas ni pada diri kita. SubahanALLAH, ALLAHuakbar.. Walau dalam keadaan macam ni, kita akan rasa tenang. Ketenangan yang luar biasa. Percayalah..

"Maka nikmat TuhanMu yang mana satu hendak kamu dustakan"

Sujud syukur lah kita. ALLAH sayangkan kita & ALLAH masih buka pintu-pintu taubat untuk kita yang banyakkk sangat dosa ni.

Last sekali LadyBee nak pesan..
Orang yang tenang akan menang. 😊

Sampai di sini jelah ya kupasan LadyBee tentang isu semasa. Hehehe. LadyBee doakan kesejahteraan kalian dan  kalian sentiasa dalam Rahmat ALLAH.

Salam sayang,
LadyBee

Monkey Dives

Assalamua'laikum & Salam kasih sayang.

Todayyy...
LadyBee nak story morry sikit tentang bisnes yang LadyBee & suami usahakan bersama. Pahit manis, jatuh bangkit. Dan inilah yang kami harungi. Kalau flashback/throwback memasing senyum & sengih cam kambing. 😜

Kami ni sama je macam peniaga yang lain. Start from zero. Dari Enterprise ke Sendirian Berhad. Tiada jalan pantas, kami layan je setiap cabaran yang dihadapi.


Monkey Dives founded in Pulau Perhentian pada tahun 2015. Officially beroperasi pada 1st May 2015, tarikh keramat yang LadyBee tak akan lupa. Bermula dengan 4 orang sahaja iaitu LadyBee, Mr.Bart, dan #MDTeam dua orang.

Tahun pertama buka, dalam seminggu tu adalah 5 orang je customer. πŸ˜‚ Kami start slow-slow LAJU. Dan apa yang buat kami jadi laju adalah apabila LadyBee tercabar dengan peniaga sekeliling LadyBee. Maklumlah, baru tahun pertama kan? Ada yang pulaukan kami, ada yang support kami. Hina betul kami masa tu. Customer tak ramai, tempat biasa-biasa je, accommodation tak ada. Haaa gitulah.. Kami tak ada value di mata orang.

LadyBee bukan jenis pendendam, tapi LadyBee rasa tercabar bila orang buat macam tu. Sedih woo. Jadi LadyBee cakap dengan suami dan pada diri LadyBee macam ni..

"OOoook.. Takpe Takpe. Dorang buat macam ni kat kita ya. Tengok lah nanti. Kita buktikan kejayaan kita.."

And BOOOM, pada tahun 2016 kami bina accommodation yang berkonsepkan dormitory. Boleh lah muat 22 pax dalam 1 masa yang sama. Kami bina berdua ok. LadyBee turun padang bertukang sekali, angkat pasir, angkat batu, kayu dan macam-macam lah buat.

Dah siap complete.. Bila buka musim pada 2016, ramai yang terkejut beruk. Siap package mengata kami bina Monster di Pulau lagi. Hahaha. Atleast we prove to them something kan?

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, start 2016 sehingga kini. ALLAH beri rezeki yang tak disangka-sangka. Setiap cabaran yang ALLAH beri juga ada hikmah.

Pada 2017, Monkey Dives telah dikenali oleh pengusaha diving centre dan juga customer dari Malaysia dan Luar Negara. Bukan mudah nak sampai ke tahap ni. Tapi apabila kita ada kebengangan dalam diri, pasti kita akan buat sesuatu sehingga ianya menjadi luar biasa berjaya kan??

Syukur, dengan berkat doa Ibu Bapa, #MDTeam & #MDFamily. Pada September 2018, Monkey Dives dari Syarikat Enterprise bertukar kepada Syarikat Sendirian Berhad.

Bertukarlah kami kepada Monkey Dives Adventure Tours & Travels Sdn Bhd. #MDFamily banyak melihat perubahan kami. Merekalah saksi dari hari pertama kami berniaga sehingga kini.

Terima kasih ALLAH, KAU hadirkan #MDTeam & #MDFamily yang sangat baik, sangat memahami & sangat prihatin pada kami dan terima kasih ALLAH, KAU bukakan hati mereka untuk membeli package kami.

Jangan di tanya tentang cabaran. ALLAH uji sebab ALLAH sayang kannn.

Kata-kata manusia yang asyik mengata, kami dengar & kami pekakkan sahaja. Kalau dilayan sakit hati kan? Hehehe. Jadi kita tunjuk result je pada yang suka benar mengata tu.. Ini tips untuk yang nak berbisnes.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Pada 2019, kami dah ada office di Kuala Besut dan ada team juga di sini. Tahun ni, LadyBee dapat banyak hikmah & banyak muhasabah diri sehingga LadyBee buat perubahan terbesar pada diri LadyBee. Nanti-nanti lah LadyBee cerita apa perubahannya ye..

Tahun 2019 ini juga tahun yang sangat indah. Dari segi keluarga, bisnes, team & circle-circle LadyBee. Cuma, target LadyBee je tak sampai lagi tahun ni. So I have to work hard & smart lagi. πŸ˜€

Kadang.. Kita tak berjaya, bukan sebab kita tak boleh berjaya. Cuma... Belum masanya lagi ALLAH nak bagi kita berjaya. ALLAH bagi kita rasa cabaran, untuk kita balik padaNYA & kuat dari segi mental dan emosi. Kalau-kalau kita berjaya dengan express.. Mungkin kita hidup di bumi ALLAH ni dengan penuh sombong & bongkak. Patutnya.. Lagi kita berjaya, lagi kita menunduk. Bukan membangga dan meninggi hidung sampai ke langit tujuh tuu. Hahaha.

Jadi pesanan LadyBee, sentiasalah bersyukur. Semua yang kita ada sekarang, bukan kita punya pun. ALLAH bagi pinjam & rasa. Syukur dulu. Nilai kemudian kira. Hehehe.

Nah LadyBee nak bagi TIPS sikit :
Orang bisnes, hati kena kental. Kalau lembik, orang pijak.
Orang bisnes, jangan cepat melatah. Kalau melatah, kang berbalik pada kita.
Orang bisnes, pergi lah cari ilmu & berguru. Kalau tak, takat tu jelah kemampuan kita.

OHH.. Ada jugak yang tanya.. Susah tak bisnes laki bini ni?
Tak susah & tak senang jugak. 3 tahun kami dalam fasa saling kenal tugas masing-masing. Dan Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, ALLAH tunjukkan kami jalan untuk saling memahami tugas & position masing-masing. LadyBee tahu, ramai yang buat bisnes laki bini ni ada banyak masalah kan? Nak dapatkan jawapan? Berdoa sunguh-sunguh pada ALLAH untuk dipermudahkan urusan dan berikan jalan penyelesaian.

Kadang kita ni sombong kan? Ingat kita yang selesaikan masalah. Padahal, ALLAH yang tunjukkan jalan. Nak apa? Mintak pada ALLAH je. ALLAH Maha Kaya beb. Kalau belum dapat, belum masanya ALLAH nak bagi. Sabar & tenang je dulu..

Oklah, panjang pulak story LadyBee ni..
Kalau you guys nak datang Pulau Perhentian. Nak diving or snorkeling ke. Boleh contact je #MDTeam di bawah ye. Insya'ALLAH kalau korang nak jumpa LadyBee. Bagitau je team, nanti LadyBee turun sekali okeh. Boleh LadyBee belanja korang kopi pulau satu. Hehehe. 😜

      


Nanti LadyBee cerita apa yang jadi pada tahun 2019 ya. Stay tuned~


Salam Sayang,
LadyBee